Persoalan tentang tanda baca. 1. Murid-murid mempersembahkan (pertunjukan yoyo cina / pertunjukan Yoyo Cina) di atas pentas. | Disebabkan perkataan yoyo cina itu ialah nama khas, maka huruf awal haruslah huruf besar: Murid-murid mempersembahkan pertunujukan Yoyo Cina. | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Salam sejahtera, Ayat yang mana satu betul penggunaan tanda bacanya ? 1. Ampun tuanku. 2. Ampun, tuanku. Sekian, terima kasih. | Contoh penulisan yang ada ialah "ampun tuanku". | Tatabahasa | 25.02.2016 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa dan tanda baca? 1. Kapal itu berlabuh setelah berlayar beberapa bulan mengelilingi dunia. 2. Sejak dahulu Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya. | Ayat yang betul ialah: 1. "Kapal itu berlabuh setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan" atau "Setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan, kapal itu berlabuh" 2. "Sejak dahulu lagi, Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya" atau "Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya sejak dahulu lagi" | Tatabahasa | 17.01.2023 |
Tanda Koma 1. Ali suka makan pisang, durian dan rambutan. 2. Ali suka makan pisang, durian, dan rambutan. Ayat 1 atau 2 betul? Perlukah kita bubuh tanda koma di hadapan perkataan 'dan'? | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana pisang, durian dan rambutan dalam kategori yang sama. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |
Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan pengunaan elipsis bersama tanda baca:- 1) Adakah perlu untuk diberikan 'spacing' sebelum elipsis (cth: "ke detik itu ...")? 2) Adakah perlu diberikan 'spacing' selepas elipsis dan sebelum tanda baca (cth: "ke detik itu ... ." atau "ke detik itu ... ?") atau dirapatkan elipsis dan tanda baca (cth: "ke detik itu ....") Terima kasih. | Selamat ptg. Jawapan 1. Tidak perlu. Jawapan 2. ke detik itu... ? Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
1. Adakah tanda baca dipentingkan untuk menghasilkan kata-kata / ayat dalam papan tanda. Contoh; 1. JANGAN BISING ( Perlukan tanda seru ) 2. TERIMA KASIH KERANA RAJIN DATANG KE SEKOLAH ( perlukan tanda noktah di hujung ayat ) 3. Pengurusan Berkualiti Menjayakan Visi ( Perlukah tanda noktah dan adakah semua huruf awal kata guna huruf besar ) | Tidak perlu tanda baca. Dalam ayat tersebut tidak perlu noktah dalam papan tanda. Bagaimanapun, jika dalam papan tersebut mempunyai beberapa ayat, noktah diperlukan bagi setiap ayat. | Tatabahasa | 20.11.2008 |
saya ingin bertanya mengenai sah bahasa untuk papan tanda. Syarikat kami ingin membuat permohonan untuk 2 papan tanda iaitu 1 untuk pintu pagar syarikat dan juga 1 lagi untuk bangunan. Jadi soalan saya adakah perlu daftar sah bahasa untuk kedua papan tanda kerana dalam system Dewan Bahasa hanya membenarkan 1 image sahaja untuk 1 permohonan. Mohon respond dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa. Berikut saya sertakan sekali image untuk signboard syarikat kami. Dan untuk papan tanda bagi bangunan hanya logo syarikat dan tulisan nama syarikat saja (INTANIAGA SDN BHD). | Salam Sejahtera tuan/puan. Sila buat permohonan yang berasingan. Satu permohonan untuk satu visual. Sila buat pembetulan pada visual seperti yang berikut: - Betulkan kepada PENGEDAR PERALATAN PERUBATAN DAN BARANGAN PAKAI BUANG
- SDN. BHD. (masukkan titik untuk singkatan)
- KAWASAN PERUSAHAAN CHERAS JAYA, (masukkan tanda koma)
- MALAYSIA. (masukkan tanda noktah)
Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar visual untuk semakan dan pengesahan melalui DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 16.02.2022 |