Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tanda baca !? dan ?! kerap saya temukan dalam komunikasi maya. Adakah tanda baca ini diterima pakai oleh DBP?Penggunaan tanda baca tersebut tidak betul.Lain-lain21.01.2013
penggunaan tanda baca dan fungsinya dalam bahasa melayuTanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.Lain-lain08.06.2007
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012
Bagaimanakah cara penulisan dalam esei untuk i. Guru Besar/guru besar ii. Guru Tingkatan/guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan? iv. dicop/dicap? v. Tanda baca (:-) sering digunakan dalam penulisan. (penyenaraian). Tetapi apabila saya rujuk saya tidak menjumpai tanda baca tersebut. vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. atau Kita gunakan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah:

i. guru besar 

ii. guru tingkatan 

iii. dibankkan/membankkan - tidak ada contoh penggunaan kedua-dua kata ini, jika merujuk transaksi yang dilakukan boleh menggunakan perkataan lain seperti diamsukkan ke bank 

iv. dicap 

v. Penggunaan tanda baca yang betul ialah titik bertindin (:) atau sempang (-)

vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. Penggunaan tanda baca dalam contoh ini betul.

Tatabahasa06.12.2011
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca. Ayat dengan tanda baca yang manakah paling tepat? Jika salah, apakah alasannya? Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai Nabi Allah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan! P/s: Nabi yang dimaksudkan ialah Nabi Musa Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah: Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan!Tatabahasa20.02.2020
Betulkah tanda baca (a) dan penggunaan kata sendi (b) pada ayat di bawah: a) Eh, anak naga sudah keluar dari kurungan! b) Mengapa aku rasa gerun pada/kepada makhluk itu?Penggunaan tanda baca dalam ayat pertama betul, tetapi penggunaan tanda baca tidak sesuai untuk ayat kedua. Pada digunakan untuk menerangkan waktu atau tempat, manakala kepada digunakan untuk sasaran sama ada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa25.11.2011
Assalamualaikum. Saya mohon penjelasan berkaitan penggunaan tanda baca mengikut ayat di bawah: Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima-permohonan ditolak. Soalan saya, adakah tanda baca - dalam ayat di atas betul. Jika tidak, apakah tanda baca yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Terima kasih.
Penggunaan yang betul ialah Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima, permohonan ditolak. 
Tatabahasa14.05.2020
Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan pengunaan elipsis bersama tanda baca:- 1) Adakah perlu untuk diberikan 'spacing' sebelum elipsis (cth: "ke detik itu ...")? 2) Adakah perlu diberikan 'spacing' selepas elipsis dan sebelum tanda baca (cth: "ke detik itu ... ." atau "ke detik itu ... ?") atau dirapatkan elipsis dan tanda baca (cth: "ke detik itu ....") Terima kasih.Selamat ptg.

Jawapan 1. Tidak perlu.
Jawapan 2. ke detik itu... ?

Sekian, terima kasih.
 
Tatabahasa01.06.2016
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petikĀ  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas