Salamunalaik. saya ingin bertanya, dalam konsonan pinjaman bahasa arab, mengapa konsonan /'a/ dikritik dalam sistem bahasa Melayu? | Tanda diakritik digunakan untuk memperbezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf. | Tatabahasa | 28.07.2016 |
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
Tuan, Saya ingin tanya jika saya menggunakan kesan bunyi untuk permulaan karangan perlukah saya menggunakan tanda petik? Contoh: "Kring! Kring!" Kedengaran bunyi telefon bordering. Terima kasih. Sekian, Aniza | Tidak perlu kerana tanda petik hanya digunakan untuk beberapa keadaan tertentu. Antaranya: 1) Untuk dialog. Contoh, "Bila sampai?" 2) Untuk judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang digunakan dalam ayat. Contoh, "Remaja Masa Kini" 3) Untuk istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh, Dia sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. | Karya | 24.06.2015 |
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
saya nak bezakan e pepet dan e taling | Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 28.08.2008 |
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIH | Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300. | Ejaan | 24.08.2012 |
Soalan Pantun Bagaimanakah membina pantun ‘Apa tanda kain pelekat,raginya halus dibentang lebar,apa tanda pemimpin rakyat,budinya halus orangnya sabar’.Minta memberikan satu ayat Manakala apakah tajuk sesuai digunakan ? | Untuk makluman tuan/puan, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bagi pantun emapat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir berbentuk "a,a". Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk "a,b,a,b" Biasanya, setiap baris dalam pantun mempunyai empat hingga lima perkataan, dan lapan hingga 12 suku kata. Contoh pantun yang diberikan di atas boleh digunakan dan cadangan tajuk yang sesuai ialah Pemimpin Berjiwa Rakyat. | Sastera | 13.01.2021 |
Tuan, untuk bunyi wisel, loceng dan hilaian hantu (selain dialog) dalam novel perlu ditulis bagaimana? (1) 'Prittt...!' atau "Prittt...!" (2) 'Kring...!' atau "Kring...!" Terima kasih. | Dialog menggunakan tanda petik kata (" "), ejaannya "Kring ..." dan "Prit ...". | Ejaan | 23.06.2012 |
1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih.... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.04.2009 |
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata. | Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".
| Lain-lain | 26.06.2022 |