BOLEH HURAIKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SIMBOL YANG BETUL DAN TERKINI UNTUK TAHUN 2012 | Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tiada rujukan yang terkini dan dalam hal tanda baca rujukan utama ialah buku Gaya Dewan, terbitan DBP. Terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma (,), tanda noktah (.), tanda pisah (-), tanda sempang (-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertindih (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Untuk mengetahui fungsi setiap tanda baca sila rujuk buku Gaya Dewan, halaman 64 - 79. | Lain-lain | 11.09.2012 |
Adalah dimohon kepada pihak tuan untuk mengesahkan penggunaan kurungan ( ) atau [ ] dalam ruangan tandatangan memo. Apakah beza penggunaan (Elia Nadira Zainudin) dan [Elia Nadira Zainudin]. | Tanda kurung ( ) lazimnya digunakan dalam untuk tujuan tertentu seperti mengapit singkatan atau akronim; mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan; mengapit angkat atau abjad yang emunjukkan bilangan; dan mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. Tanda kurung siku [ ] digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks; mengapit tahun dalam tatacara sebutan kes; mengapit ayat penjelas; dan mengapit matrik yang lebih daripada dua baris. Contoh yang suadara berikan tidak jelas, walau bagaimanapun penggunaan kedua-dua tanda tersebut boleh disesuaikan mengikut huraian yang diberi. | Ejaan | 16.11.2012 |
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasih | Tanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata. | Tatabahasa | 23.04.2020 |
Perlukah nama gelaran seperti Datuk, Dr, Prof , Tan Sri ditulis pada pangkal nama apabila memberikan sijil kepada seseorang? | Dalam sijil, lazimnya hanya nama yang ditulis. Namun ada juga penganjur menulis nama dan disertakan gelaran atau pangkat penerima sijil tersebut di dalam tanda kurung. Contohnya: Azli bin Ramli atau Azli bin Ramli (Dr.). | Lain-lain | 05.02.2014 |
Assalamualaikum, Boleh cadangkan terjemahan untuk burung "Martial Eagle" (Polemaetus bellicosus)? Terima kasih. | Belum ada padanan Martial Eagle dalam pangkalan data kami. Untuk mendapatkan cadangan yang tepat perlulah dirujuk Bahagian Peristilahan dan Leksikologi terlebih dahulu. Untuk sementara waktu kami mencadangkan helang besar digunakan berserta istilah dalam tanda kurung, seperti helang besar (Martial Eagle). | Istilah | 27.11.2016 |
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.). | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya, Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Assalamualaikum, Boleh berikan terjemahan yang sesuai untuk haiwan bernama "Waterbuck" (Kobus ellipsiprymnus)? Terima kasih. | Belum ada padanan Waterbuck dalam pangkalan data kami. Untuk mendapatkan cadangan yang tepat perlulah dirujuk Bahagian Peristilahan dan Leksikologi terlebih dahulu. Untuk sementara waktu kami mencadangkan antelop besar digunakan berserta istilah asal dalam tanda kurung, seperti antelop besar (Martial Eagle). | Istilah | 27.11.2016 |
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang. (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. Berita Terkini. http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? ) | Lain-lain | 08.07.2015 |
saya ingin bertanya: yang mana satu cara tulis yang betul untuk perkataan ini: "lipas Jerman" atau "lipas German" atau "Lipas Jerman" lipas jerman "common name" kpd scientific name Blattella germanica. sekian, terima kasih. | Istilah Blatella germanica dikekalkan bentuk penulisannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun untuk menambah kefahaman orang awam Blatella germanica boleh disertai (lipas jerman) dalam tanda kurung, dan jerman dalam konteks tersebut dieja dengan huruf kecil kerana tidak merujuk nama negara sama seperti selipar jepun. | Tatabahasa | 03.04.2014 |
Saya ada kemusykilan tentang penggunaan yang betul untuk ruangan tandatangan dalam penyediaan surat-menyurat. Contoh1: (Datuk Mat bin Mohamad) Naib Presiden LMA Sdn Bhd Contoh 2: Datuk Mat bin Mohamad Naib Presiden LMA Sdn Bhd Manakah penggunaan yang tepat. Adakah meletakkan tanda kurungan satu kemestian untuk ruangan tandatangan?? | Nama perlu ditulis dengan huruf besar dalam tanda kurung, seperti contoh yang berikut: (DATUK MAT BIN MOHAMAD) Naib Presiden LMA Sdn. Bhd.
| Lain-lain | 10.12.2012 |