| Salam Saya ingin bertanya, adakah benar DBP sudah mengeluarkan perkataan atau rangkai kata "tanda pagar' sebagai padanan kepada kata Inggeris bagi 'hashtag'? | Ya, benar. Padanan untuk 'hashtag' dalam bahasa Melayu ialah "tanda pagar". | Makna | 10.08.2017 |
| Apakah penggunaan perkataan yang betul untuk digunakan sebagai tanda pagar atau untuk siaran media sosial dan 'photo booth'? Saya telah divaksin. Saya telah divaksinasi. Saya telah mendapat vaksin. Apakah terjemahan yang betul untuk 'photo booth'? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya telah divaksinasi" atau "Saya telah mendapat vaksin". Cadangan terjemahan yang sesuai bagi photo booth ialah reruai foto atau kios foto | Makna | 06.07.2021 |
| Saya ingin bertanya mengenai mengenai terjemahan kepapda hastag#. Adakah benar ia diterjemahkan sebagai tanda pagar dan adalah ia perlu ditulis begini, "#tandapagar". Mohon pencerahan Tuan. |
| Istilah | 23.08.2017 |
| Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu. | Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Istilah | 15.10.2020 |
| Adakah cara menulis (hashtag) di bawah ini betul. A.#khidmatmasyarakatuntuksemua#bahasajiwabangsa#biasakanyangbetul,betulkanyangsalah | Contoh penggunaan tanda pagar yang betul ialah: #khidmatmasyarakatuntuksemua #bahasajiwabangsa #biasakanyangbetulbetulkanyangsalah | Lain-lain | 28.05.2023 |
| Hai. Istilah apakah yang boleh digunakan untuk 'butang #'(hash button)? Adakah istilah 'butang hash' sesuai? Terima kasih. | Tanda # tersebut telah diterjemahkan kepada "tanda pagar". | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2017 |
| Istilah sesuai bagi "hashmoji". Penerangan Hash Sign Emoji Meaning. An emoji version of the hash symbol (#), created via a variation selector. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah hashmoji ialah tanda pagar emoji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.06.2025 |
| Tuan, soalan saya ialah untuk tujuan pemasaran perkhidmatan untuk pengguna milenium: 1. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Song Writer" Penulis muzik / Pencipta muzik / Penggubah lagu / Komposer? 2. Adakah penggunaan perkataan "Trending" dibenarkan dalam Bahasa Melayu? Di Astro TV, perkataan "Trending" sering digunakan oleh pembaca berita hiburan. Jika tidak dibenarkan, apakah perkataan yang patut digunakan? Popular / Sohor Kini? 3. Apakah perkataan Melayu yang betul untuk "Scroll"? Skrol atau Tatal? 4. Adakah dibenarkan untuk menggunakan perkataan "Hashtag" (#) yang digunakan secara meluas dalam aplikasi Instagram? Walaupun saya tahu bahawa terdapat perkataan "Tanda pagar" dalam kamus Dewan. Pada pendapat saya, Skrol, Trending dan Hashtag wajar digunakan kerana anak-anak muda lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang seakan Bahasa Inggeris. Diharap tuan dapat memberikan jawapan yang paling tepat (untuk tujuan pemasaran) jika pilihan yang saya berikan di atas adalah tidak tepat. Terima kasih. | 1. Padanan Bahasa Melayu untuk “song writer” ialah pencipta lagu, pengubah lagu, komposer lagu. Pengguna boleh menggunakan mana-mana padanan bahasa Melayu. 2. Trending diberikan padanan Sohor Kini dalam bahasa Melayu. Popular dan Sohor Kini membawa maksud yang sama. Pengguna boleh menggunakan mana-mana perkataan bersesuaian dengan konteks ayat. 3. Pengguna boleh menggunakan skrol atau tatal sebagai padanan bahasa Melayu untuk “scroll”, iaitu salah satu ikon yang terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat dengan menggunakan tetikus. 4. Apabila sesuatu perkataan sudah ada dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut hendaklah digunakan. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan, ini bermakna pengguna telah menggunakan bahasa rojak (percampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu) dan tidak menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (), sohor kini (). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.03.2019 |
| Saya maklum bahawa Tatabahasa Dewan menetapkan hanya 15 sahaja dikategorikan sebagai majmuk mantap. Namun, ada buku-buku ilmiah malah para pendidik menyatakan ia lebih daripada itu iaitu sebilangannya menyatakan ada 33; ada juga menyatakan ada 41. Selain yang 15 itu misalnya ialah bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. Soalan saya kenapa perkataan ini bukan tergolong dalam majmuk mantap dan apakah kategori perkataan ini? Soalan kedua, antara Kamus Dewan Bahasa & Tatabahasa Dewan, yang mana lebih betul apabila berlaku percanggahan. Misalnya dalam soal kata baru dan baharu. Kamus menyamakan maksud baharu sebagai baru tetapi Tatabahasa Dewan membezakannya. Untuk makluman, saya merupakan pencita bahasa dan kerap berkongsi ilmu bahasa kepada umum. Antaranya dalam aplikasi Twitter menggunakan tanda pagar #PerkasaBMKita. Sumbangan saya ini diharap membantu sedikit sebanyak dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul. Terima kasih. | 1. Berdasarkan rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan, kata majmuk ialah gabungan dua patah perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berbeza dan menjadi satu makna lain atau makna baharu apabila perkataan tersebut digabungkan. Konsep kata majmuk juga harus mendukung maksud umum, contohnya: kerusi malas, maksud khusus, cthnya: pita suara dan maksud kiasan, cthnya: kaki ayam. Perkataan seperti bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. itu tidak dikategorikan sebagai perkataan majmuk mantap kerana perkataan-perkataan ini tidak mendukung konsep kata majmuk dan perkataan-perkataan ini bukan kata majmuk. Jika mengikut kategori, terdapat dua kategori dalam tatabahasa Melayu, iaitu golongan kata dan bentuk kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, manakala bentuk kata pula, terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk. Contohnya maksud perkataan “apabila” tidak mendukung maksud ketiga-tiga konsep kata majmuk tersebut kerana perkataan ”apa” , “bila”, dan “apabila” ialah kata tunggal jika kita melihatnya dari segi bentuk kata, dan kata tugas jika kita melihatnya dari segi golongan kata, Perkataan “sukacita” pula ialah kata adjektif, “kadangkala” ialah kata kata tugas, “peribadi” ialah kata nama. 2. Untuk maklumat yang lebih tepat dari segi tatabahasa, tuan/puan disarankan untuk merujuk Tatabahasa Dewan kerana kamus umum hanya merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 25.06.2018 |
| Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740 | Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia. | Makna | 03.03.2022 |