Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin.Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. Ejaan17.08.2011
Bagaimanakah cara penggunaan tanda petik (" ..... ") dan tanda petik tunggal ('....... ') ? Terima kasih.Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77.Tatabahasa03.09.2007
Sekiranya ada tanda petik bagi frasa dalam ayat; "Membawa makna kepada jiwa." Soalan; Adakah noktah selepas jiwa berada di luar tanda petik atau di dalam?Tanda petik digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Penggunaan tanda petik yang betul dalam ayat tersebut ialah "Membawa makna kepada jiwa." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005), halaman 77. Lain-lain30.04.2025
Salam sejahtera, ketika menggunakan tanda petik, noktah perlu berada di dalam tanda petik atau di luar tanda petik? Sekian, terima kasih.
Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Jika penulisan dialog, didahului dengan tanda noktah dan diikuti tanda petik, manakala jika menulis sesuatu perkara, didahului dengan tanda petik dan diikuti dengan noktah.

Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan terbitan DBP. 
Tatabahasa23.04.2020
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


Lain-lain05.09.2023
Sekiranya kita memetik ayat pada iklan, tanda petik manakah yang paling sesuai. Satu atau dua. Contoh:Kata-kata pada iklan itu benar-benar memberi semangat baru kepadanya, "Harapan Omar adalah kebebasan, peluru tidak dicipta bagi membunuh harapan."Penggunaan yang betul ialah tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' ') lazimnya digunakan dalam tanda petik.Ejaan10.10.2011
Tuan, bagaimana tanda baca dalam teks yang ada mutiara kata seperti berikut? Adakah menggunakan tanda petik dua atau tanda petik tunggal? Bagaimana kedudukan tanda petik itu, adakah sebelum noktah atau selepas noktah: Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Penggunaan tanda baca yang betul - Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Ejaan17.11.2011
Apakah perbezaan tanda baca ' dan "?Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").Tatabahasa06.10.2016
apakah perbezaan penggunaan tanda "..." dengan '...' dalam penulisan?Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").Tatabahasa15.04.2011
saya keliru sama ada nama majalah harus di italic ataupun tidak -bilakah tanda petik boleh digunakan, adalah boleh mengganti italic untuk maksud yang samaNama majalah yang sudah diterbitkan hendaklah dicondongkan. Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77.Tatabahasa18.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas