Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penje­lasan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasihTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Tatabahasa25.02.2014
Assalamualaikum. Adakah tanda elipsis sesuai digunakan sebelum tanda seru? Contoh ayat, “Kepalaku rasa sakit ... ! Pandanganku gelap.” Jika melihat konteks ayat seperti tidak sesuai kerana ayat atau “rasa” yang hendak diluahkan itu tergantung (kerana menggunakan elipsis) kemudian disambung dengan tanda seru (seolah-olah meluahkan sesuatu). Terima kasih.Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang digunakan sebagai penanda yang menunjukkan pengguguran bahagian teks khususnya petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks. 
Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan tanda elipsis sebelum tanda seru boleh digunakan kerana tanda seru digunakan sebagai penanda perasaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk Buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 117 dan 122.
Tatabahasa21.05.2024
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat?1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan.  2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. Ejaan18.06.2008
Wah, cantik betul bunga itu!!! Tiga tanda seru digunakan dalam ayat ini bagi menunjukkan kesungguhan. Apakah pandangan pihak Khidmat Nasihat?Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru.Tatabahasa09.01.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan tanda baca. Bolehkah tanda soal (?) dan tanda seru (!) ditulis secara serentak. Contohnya, "Kamu mahu saya buat macam mana lagi?!"

Tanda tanya(?) dan tanda seru (!) tidak boleh digunakan serentak. Tanda tanya digunakan pada akhir kalimat tanya. Misalnya: Bilakah dia berangkat?

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau penyataan yang berupa seruan, perintah yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Misalnya:

Alangkah seramnya peristiwa itu!

Tatabahasa26.02.2014
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
Adakah tanda seru "!" perlu diletakkan di setiap hujung ayat yang menggunakan kata kerja yang berbentuk arahan atau suruhan?

Untuk makluman, tanda seru (!) perlu diletakkan di hujung ayat, termasuk untuk ayat yang berbentuk arahan dan suruhan.

Tatabahasa29.11.2020
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?)1. Selepas tanda seru perlu huruf besar.
2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil.
Lain-lain11.06.2021
"Ke mana kamu mahu pergi?" Tanya Ali. Huruf selepas tanda soal dan tanda seru biasanya huruf besar. Adakah penggunaan huruf besar ini betul?Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharulah selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar.Ejaan25.10.2019
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap!Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! 

Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah:

Terima Kasih.
Selamat beristirahat.
Terbaik!
Hebat!
Mantap!
Lain-lain29.06.2021
12345

Kembali ke atas