Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. Nathesan | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman... | Tatabahasa | 23.08.2017 |
SELAMAT PAGI, SYARIKAT KAMI TELAH HANTAR PEMOHONAN UNTUK PAPAN TANDA BERTARIK 2.8.2019, NO. PEMOHONAN 41857/2019, BOLEH SAYA TAHU BERAPA LAMA KENA AMBIL? TERIMA KASIH. | 1. SOP Penyemakan dan pengesahan iklan dalam talian DBP ialah 3 hari bekerja dan tidak termasuk cuti umum. Proses pengesahan lebih singkat jika tiada kesalahan/ pembetulan. Jika ada kesalahan teks, pelanggan perlu mengemas kini iklan dan proses semakan kali kedua akan dilakukan. Tarikh siap juga bergantung pada tempoh masa/kesegeraan pelanggan membuat kemas kini. | Lain-lain | 06.08.2019 |