Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dan] | تندن

Definisi : 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; bertandan ada tandannya; bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dan] | تندن

Definisi : tangkai buah-buahan yg ber­gugus-gugus spt pisang, kelapa: se~ kelapa; se~ pisang. bertandan ada tandannya. bertandan-tandan ba­nyak tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandan (kata nama)
Bersinonim dengan tundun, tangkai, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pisang jika setelah dipotong daripada tandan? Penjodoh bilangan biji tidak sesuai digunakan kerana melambangkan cuma satu biji pisang. Jika, beberapa biji pisang di dalam tangkai yang sama adakah disebut setangkai?Terima kasih.Penjodoh bilangan yang boleh digunakan ialah sesikat pisang.Tatabahasa15.11.2013
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
Apa beza antara sesisir pisang, sesikat pisan dan setandan pisang?Sesisir bermaksud setangkai atau segugus pisang (sebahagian drpd tandan) atau sesikat. Setandan bermaksud tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll).Tatabahasa01.09.2007

Kembali ke atas