Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du/.tan.du/] | تندوق٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa; 2. sj tum­buhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanduk-tanduk

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti;
     payah juga yang datang.

Bermaksud :

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
Yg mana jawapannya. Kedudukannya dalam syarikat itu ----------kerana ramai pekerja baharu yang lebih berpendidikan daripadanya. A. seperti ikan dalam belat B. seperti aur dengan tebing C. seperti telur di hujung tanduk D. seperti mendukung biawak hidup.

Saudara,

Jawapan yang sesuai ialah seperti telur di hujung tanduk.

Tatabahasa25.08.2010
APAKAH MAKSUD GELARAN PERKATAAN `KOP'?Menurut Kamus Dewan, 'kop' bermaksud bekam; tanduk; edaran atau pusingan 12 tahun kalendar orang Siam, Jepun dan Cina; kubah; tempat duduk belakang gajah. Sila pastikan soalan yang berkaitan dengan gelaran.Makna17.06.2008
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Kepimpinan dan kepemimpinan,sama maksud atau lain maksud?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Makna17.01.2012
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan.Makna10.04.2012
saya ingin mendapatkan peribahasa melayu atau yang berkenaan dengan maksud berikut: contoh: - syarikat mendapat anugerah Geneva. jadi, sebelum dan selepas ini, tiada siapa lagi yang akan menggondol pingat yang sama sampai bila-bila pun.Kalau tak silap saya peribahasa yang berbunyi sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi agak bertepatan dengan soalan sdri. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan yang disebutkan itu, belum diketahui lagi. Terima kasih.Lain-lain21.11.2006
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut.Makna28.02.2013
12

Kembali ke atas