Perkataan dinasti apabila dikaitkan dengan nama khas Ming, Tang sebagainya, huruf d besar atau kecil. Kerana saya tidak menjumpai isyarat huruf besar dalam Kamus Dewan edisi keempat. | Kata Dinasti Ming, Dinasti Tang yang merupakan nama khas dieja dengan huruf besar . | Ejaan | 20.03.2008 |
Tolong beri jawapan tang betul: keping papan atau batang papan Terimakasih | Jawapan, keping papan. Alasannya ialah bentuk papan yang berkeping-keping. Contoh: Sekeping papan lapis. Lihat juga buku penjodoh bilangan yang terdapat di pasaran. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
apakah maksud linguistik deskriptif? | Saudari, Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal. Manakala deskriptif bermaksud keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran nyata tentang sesuatu perkara. | Makna | 30.08.2012 |
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. 2. pada masa kini atau pada masa ini. 3. cara betul menulis tajuk atau tema perlu ada tanda petik / inverted commas atau tidak. | 1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. - kedua-duanya betul 2. Yang betul ialah pada masa ini, atau kini. 3. Menulis tajuk sesebuah buku atau hasil penerbitan yang lain dalam sesebuah penulisan perlu ada tang petik dua di awal dan akhir tajuk, seperti: semua pengalaman hidupnya dikongsi dengan masyarakat dalam bukunya "Liku-liku Kehidupan". | Tatabahasa | 29.09.2010 |