Salam tuan, adakah 'mendakap tanganmu' diterima (sebagai penggunaan gaya bahasa puitis/puitik). Atau lafaz ini tidak masuk akal disebabkan seolah-olah 'memeluk' tangan tersebut dan bukan membawa maksud 'memegang'? Terima kasih, tuan. | Wa alaikum salam, Dari segi bahasa, konteks mendakap/memeluk tangan tidak sesuai. Penggunaan mendakap/memeluk lebih sesuai untuk tubuh manakala konteks yang sesuai ialah memegang untuk tangan. Jika hendak menggunakan gaya bahasa yang puitis untuk konteks mendakap (sastera), selalunya dipadankan dengan perkara abstrak contohnya seperti mendakap angan-angan. | Sastera | 19.04.2018 |