Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK)I. Pijar. II. Pedih.Tatabahasa06.03.2013
Salam sejahtera, DBP. Frasa manakah yang betul? A1. haba dari ketuhar B1. haba daripada ketuhar A2. keluarkan dari ketuhar B2. keluarkan daripada ketuhar A3. cabut dari tangannya B3. cabut daripada tangannyaFrasa yang betul ialah "haba daripada ketuhar" dan "keluarkan daripada ketuhar".  Tatabahasa27.06.2024
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasihHakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan.Tatabahasa27.03.2007
Salam sejahtera, Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan.( belakang disengat perlu tambah `oleh`?)Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan. Ayat ini betul. Kata sendi nama oleh boleh digugurkan sekiranya kata kerja (disengat) diikuti pelaku (lipan) tanpa diselangi kata lain.Tatabahasa20.07.2020
betul atau salah penggunaan pasu itu jatuh daripada genggaman tangannyaYang betul ialah pasu itu terjatuh daripada genggaman tangannya.Tatabahasa20.06.2007
1. Tanda baca yang mana satu yang tepat: a) ".... kamu katakan itu." Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya. b) ".... kamu katakan itu," Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya.Jawapan yang betul ialah b.Ejaan22.08.2011
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu)

2.  ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. 
Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan.
Tatabahasa31.10.2017
SEJENIS KERA YANG PANJANG TANGANNYA TETAPI TIDAK BEREKORKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
Istilah melambai; adakah kegunaan ‘melambaikan tangannya sebelum beredar’ itu sesuai ? Adakah melambaikan di sini bermaksud ‘to wave goodbye’? Kerana melambai dlm DBP membawa erti ‘gerakan tangan turun naik spt memanggil’ bukan ke kiri dan ke kanan.Salam sejahtera,

Tuan, 

Sesuai penggunaannya. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.07.2019
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bagi membelek-belek. Contoh: "Tangannya mula mencapai dompet berjenama tersebut seraya membelek-beleknya." Adakah penggunaannya betul?

Penggunaan perkataan dalam contoh ayat yang diberikan betul.


Tatabahasa06.04.2021
123

Kembali ke atas