Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud tanggapanTanggapan bermaksud sesuatu yang ditanggap oleh pancaindera atau gambaran yang diterima dalam hati. Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Tatabahasa02.08.2016
tanggapanUntuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Makna02.08.2016
maksud impresi mengikut kamus dewan? apakah impresi awal? saya belajar mengenai bidang psikologiMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan impresi. Impresi diambil daripada perkataan bahasa Inggeris Impression, bermaksud tanggapan. Impresi awal pula ialah tanggapan awal.Makna19.01.2010
APAKAH ITU VISIVisi ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamnya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dsb., wawasan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.03.2009
maksud visi dan misi?Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: Misi bermaksud  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.04.2009
definasi visi dan misiVisi ialah tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, manakala misi ialah  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.Makna13.01.2009
MAKNA PERSEPSI KEPUASAN PENGGUNAPersepsi Kepuasan Pengguna bermaksud tanggapan/pandangan mengenai kehendak pengguna terhadap sesuatu perkhidmatan, barangan dll yang memenuhi citarasapengguna.Makna16.02.2010
APAKAH MAKNA VISI? APAKAH MAKNA MISI?Visi ialah tanggapan dan pandangan yamg jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dsb., wawasan. Misi ialah tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau sesuatu kumpulan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.03.2009
contoh ayat bagi visi dan contoh ayat bagi perkataan misi

Makna visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan. Contoh ayat : pemimpin  mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

Makna misi :  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd. atau yg. akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Contoh ayat: ~ organisasi saya adalah untuk  mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg. paling akrab dgn. keperluan negara.

Tatabahasa24.04.2009
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebatWawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh.Makna19.03.2015
1234

Kembali ke atas