Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg ber­gerak cepat dll (dan tidak melepaskan­nya), me­m­erangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku­-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengam­­bil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg ter­sembunyi; 6. menerima atau dapat menger­ti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menang­gap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, me­nangkap banyak-banyak, banyak yg ditang­kap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perang­kap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Yam Tuan pergi ke rimba,
     Tangkap merbuk pandai berlagu;
Janganlah tuan mencabar hamba,
     Takut penumbuk hinggap ke dagu.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. saya ingin bertanya mengenai maksud "tangkap lintuk." Terima kasih.Tidak ada maklumat berkaitan frasa "tangkap lintuk/lentuk" dalam pangkalan data kami. Frasa tersebut merupakan slanga yang digunakan dalam kelompok tertentu tetapi tidak digunakan dalam konteks rasmi.Makna23.08.2012
Saya ada kemuskilan mengenai apakah yang sesuai untuk merakam gambar. Adakah merakam gambar itu betul atau tangkap gambar itu betul atau mengambil gambar itu betul?Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil  tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa24.09.2013
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin"Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.Istilah16.10.2012
Dalam istilah fotografi, bagaimana terjemahan "shot angle" dalam bahasa Melayu?Dalam data kami, terdapat perkataan "angle shot" yang mempunyai padanan bahasa Melayu iaitu tangkap sudut.Istilah19.10.2013
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia?

Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

Istilah20.04.2010
DBP, Bersama-sama emel ini saya sertakan masalah saya tentang penggunaan kata kerja transitif dan penggunaan kata bilangan himpunan.

1. Kata kerja transitif boleh diikuti oleh objek yang menjadi menyambutnya sama ada kata nama atau frasa nama. Dalam ayat ini menyerahkan (kata kerja transitif) + objek (segala harapannya - frasa nama). 

2. Kedua-dua ayat tersebut adalah gramatis, ayat pertama menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat orang perompak itu kena tangkap polis) dan ayat kedua tidak menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat perompak itu kena tangkap polis) .

Tatabahasa12.05.2011
salam sejahtera, apakah kelas kata bagi 'yang', dan bagaimana pengunaannya mengikut tatabahasa dewan? Atas kerjasama yg diberikan, terima kasih diucapkan kepada pihak khidmat nasihat DBP.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi baharu yang ialah kata hubung pancangan relatifatau kata ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: i. Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran. ii. budak yang sedang membaca itu adik saya.Tatabahasa31.07.2007
Adakah betul penggunaan kata sendi 'oleh' hanya boleh disambut kata ganti nama diri orang ketiga sahaja.

Kata sendi "oleh" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama (mengandungi kata ganti nama diri ketiga) yang menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk seperti contohyang berikut: Kuih itu dibeli olehnya, Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oelh Za'ba, Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

Tatabahasa24.06.2008
Cikgu Tan amat tertarik dengan/oleh tingkah laku Ali (kekeliruan tertimbul, ada munsyi kata oleh=dengar, ada pula kata tidak boleh, ) walhal, boleh atau tak boleh?Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
(a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter- dan kena. Contohnya: 1. Kuih itu dibeli olehnya. 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za'ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
(b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Contohnya: 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. 2. Pemain badminton itu kalah oleh kekurangan latihan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Cikgu Tan amat tertarik oleh tingkah laku Ali.

Kata sendi nama dengan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
1. Membawa maksud bersama-sama atau berserta Contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu.
2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: Kerja ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
3. Membawa maksud memakai atau menggunakan. Contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air.
4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.
Tatabahasa19.01.2012
Assalamualaikum. Soalan pertama: Inginkan kepastian, berdasarkan khidmat nasihat daripada laman web ini, ejaan yang betul bagi ulama adalah ulamak. Walau bagaimanapun, apabila saya mencari kedua-dua perkataan ulama dan ulamak di sini, perkataan yang lebih banyak muncul adalah ulama. Ia terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 2, 3 dan 4. Manaka perkataan Ulamak hanya terdapat di satu tempat sahaja dalam Edisi Keempat. Soalan kedua: Adakah betul dalam penulisan, angka-angka daripada 1 hingga 9 perlu dieja dan angka 10 ke atas boleh ditulis dalam bentuk angkannya sahaja. Soalan ketiga: Adakah betul ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'yang' dan perkataan 'dan'.

1. Ejaan yang betul ialah ulama.

2. Menurut Gaya Dewan, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya, begitu juga dengan nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar.

3. Ayat boleh dimulakan dengan perkataan "yang", contohnya "Yang kena tangkap ialah penagih dadah".  Kata "dan" merupakan kata hubung dan tidak digunakan pada awal ayat.

Ejaan26.01.2010

Kembali ke atas