SATU ISTILAH YANG MELAMBANGKAN PANTAS | 1. cepat,kencang,lekas 2. cekap,cekatan,mahir,tangkas | Makna | 22.09.2008 |
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"? | Perkataan yang paling tepat ialah handal. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. | Tatabahasa | 18.02.2014 |
Apa maksud "agile methodology" dalam Kamus Komputer? | Padanan umum bagi agile methodology ialah metodologi/kaedah tangkas. | Makna | 15.11.2010 |
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah? | Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih. | Pantas: 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Cepat: 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Laju: 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; | Makna | 13.06.2009 |
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya. | Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2019 |
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQ | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Tuan, Jawapan manakah di bawah adalah betul (atau kedua-dua jawapan juga betul). 1. ____________________ harga minyak dalam pasaran dunia menyebabkan kerajaan telah mengurangkan subsidi bahan bakar tersebut. a) Kenaikan b) Peningkatan 2. Pergerakan Hafiz dalam pertandingan badminton itu kelihatan _______________ kerana dia semakin mahir dalam sukan tersebut. a) lincah b) tangkas Terima kasih. Cik Ong | Sekiranya merujuk makna dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, jawapan untuk soalan satu ialah "Kenaikan" dan jawapan bagi soalan dua, kedua-duanya boleh diterima. | Lain-lain | 23.04.2018 |
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra. | Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih. | Makna | 20.11.2013 |