Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh: Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini.
Pasangan kata sendi yang betul ialah:
i. daripada dengan kepada contoh ayat: Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 hari kepada 7 hari bekerja.
ii. dari dengan ke contoh ayat: Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya.
Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Sila pindahkan fail ini daripada telefon kepada komputer anda.
Thanks for clicking. That felt good.