Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nih] | تانيه

Definisi : (Geo) lapisan tanah yg subur di bawah lapisan tanah yg di atas sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan istilah 'tanah' dan 'tanih'? Adakah padanannya berbeza dalam bahasa Inggeris?Tanah ialah lapisan bumi yang di atas sekali/ bahagian permukaan bumi/ negeri  dll (sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna kesluruhan). "Tanih" ialah lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali. Istilah bahasa Inggeris yang merujuk "tanih"  contohnya perkataan "desert soil = tanih gurun , "prairie soil = tanih prairie"Makna18.06.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas