1)loading bay 2)ramp 3)reeder pillar | 1)ruang punggah 2)tanjakan 3)peti pembekal | Istilah | 14.12.2011 |
Salam. Saya ingin bertanyakan perkara seperti di bawah: a) Ianya @ ia boleh digunakan di permulaan ayat atau tidak b) Kacauganggu/ Garispanduan/Samada dieja rapat atau jarak c) 'Ramp' jika ditukarkan kepada Bahasa Melayu bermaksud tanjakan. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan tersebut (sila rujuk lampiran) Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. a) Perkataan yang betul ialah "ia", bukan "ianya". Perkataan "ia" boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Rumah itu besar. Ia diperbuat daripada kayu. b) kacau ganggu, garis panduan, sama ada c) Perkataan "ramp" bermaksud tanjakan atau landas iaitu pelantar, laluan jalan atau laluan pandu yang condong secara seragam. | Tatabahasa | 25.05.2015 |
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. 2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. 3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan. 4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. 5. klausa atau perenggan atau para - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain. 6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan. 7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian. | Istilah | 09.06.2017 |