Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanpa bayaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk kepada jawapan pihak DBP seperti berikut: "Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian." Justeru, mohon bantuan DBP selaku pakar rujuk BAHASA KEBANGSAAN di MALAYSIA bagi konteks ayat berikut: (setakat pengetahuan orang awam yang saya ada) ".....Setelah Fasa Pembangunan, semua integrasi / hubung kait (taktau perkataan mana nak guna) dan semua perubahan yang need to be deployed (tiada perkataan Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris ini) sepatutnya dijadikan CSR tanpa kenaan / bayaran seperti mana Klausa 10 dalam Perjanjian Utama."

Ayat yang betul ialah “Selepas fasa pembangunan, semua integrasi dan perubahan yang diatur kedudukannya sepatutnya dijadikan Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa bayaran seperti Klausa 10 dalam Perjanjian Utama."

Penyemakan dan penterjemahan23.11.2023
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
Saya dari Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, SEARCCT. Boleh saya dapat maklumat jika pihak DBP ada melantik external reviewer dan juga Editor untuk penerbitan jurnal DBP? Dan jika ada, adakah terdapat sebarang bayaran honorarium diberikan kepada mereka? Saya cuba untuk mencari jika terdapat sebarang garis panduan pembayaran mahupun pelantikan untuk External Reviewer dan juga Editor sesebuah penerbitan jurnal. Terima kasih.Ya. Pihak DBP ada melantik penilai luar bagi penerbitan jurnal.

Tanggungjawab Penilai

  • Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
  • Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
  • Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
  • Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
  • Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
  • Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.
 
Untuk makluman juga, penilaian akan dilakukan dalam bentuk penilaian sulit berganda (double-blind review). 
  • Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaik atau ditolak.
  • Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.

Sila layari pautan ini http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/index atau menghubungi YBrs. Dr. Rosmani binti Omar ros_omar@dbp.gov.my, Ketua Editor Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lain-lain10.07.2025
saya harap untuk pengesahan iklanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.


Lain-lain05.08.2021
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI red one DIMILIKI OLEH:90 CODE TELESHOP(003247110-A)Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain01.12.2022
Ladang Kami ingin memasang Papantanda dan difahamkan kami perlu dapat kelulusan daripada DBP untuk permohonan tersebut sebelum kami lanjutkan permohonon ke pihak Majlis Daerah Bera. Bagaimana cara untuk buat permohonan tersebut?Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain18.03.2022

Kembali ke atas