adakah dbp ada menerbitkan buku atau artikel tantang bahasa slanga? | Slanga ialah kata-kata(ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Oleh yang demikian tidak ada penerbitan bagi tajuk ini. Walau bagaimanapun saudara boleh melayari Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu untuk merujuk makalah atau artikel tentang ini. | Lain-lain | 12.03.2008 |
saya nuyoom hadyee sedang perlajar bahasa melayu dasar di university fatoni. ingin pertanya DBP tantang tata bahasa. apakah pengertian gata bantu. terima kasih. | Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pekerja itu telah pulang. 2. Murid-murid itu baru tiba. Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. 2. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
saya Sabree Makeh sedang belajar bahasa melayu dasar. di Universiti selatan Thailand . ingin beryanya DBP tantang Tatabahasa. apakah kata Bantu ? terima kasih. | Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pekerja itu telah pulang. 2. Murid-murid itu baru tiba. Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. 2. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri | Tatabahasa | 08.12.2013 |