Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nur] | تانور

Definisi : Ar tempat memasak, keran, perapian; ~ tinggi perapian tempat memasak kapur (bijih besi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nur] | تانور

Definisi : dapur (yg besar) tempat mem­bakar, mengeringkan atau memproses sesuatu, spt bata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal

2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan

 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau

4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak

 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita

6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula

 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah

Istilah27.05.2016

Kembali ke atas