Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, keke­balan, dll) dgn cara berpantang makan, mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah); bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk memperoleh kesaktian, keke­balan dll): maka kakinya diikatnya, kepala­nya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~; 2. bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak menampakkan diri); mempertapakan hendak memperoleh se­suatu dgn jalan bertapa; pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa; pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bertapa mengasingkan diri ke tempat yg sunyi dll utk memperoleh kesaktian (membersihkan jiwa, menyuci­­kan diri dll): Sudah lama dia ~ di gua itu. pertapaan 1 perbuatan atau hal bertapa. 2 tempat orang bertapa. pertapa orang yg bertapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapa
Kata Terbitan : bertapa, pertapa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan/puan, soalan: terdapat beberapa kata akar yang dikatakan sebagai bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan(tatabahasa dewan 2008, p107) seperti tapa->per-tapa-an tawa->ke- tawa mudi->ke-mudi jikalau bentuk-bentuk per-an, ke- dikatakan bukan imbuhan, maka apa yang harus dipanggil tentang bentuk-bentuk itu?Bentuk-bentuk tersebut ialah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.Tatabahasa02.09.2009
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasihDalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar.  Akar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.Tatabahasa25.04.2011

Kembali ke atas