Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) telapak tangan; b) Id tandatangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina berjual terung,
     Hilang sebiji di tapak tangan;
Sudah lama ayam kukurung,
     Cuba-cuba lepas di laman.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.tapak tangan dlm rungus 2.Upacara memindahkan tulang dari keranda atau tajau untuk dikebumikan dlm lundayehSoalan yang diberi tidak difahami. Sila kemukakan semula soalan dengan lebih jelas.Lain-lain06.11.2020
Pemeriksaan bahasa untuk BillboardPUSAT JANTUNG DAN TAPAK TANGAN BERPELUHEjaan20.11.2013
Selamat sejahtera, Pada suatu hari, seorang nelayan pergi menangkap ikan di tengah tasik. .... Akhirnya, si nelayan berjaya mendapat tiga ekor ikan sebesar tapak tangan. 'si nelayan' perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih.Kata penyerta "si "yang digunakan di depan nama orang ditulis dengan huruf kecil, seperti si hitam dan si pencuri.Tatabahasa28.07.2016
Adakah ayat ini betul? Kakak sedang menatang sepinggan sate untuk tetamu yang datang.Ayat tersebut betul kerana menatang bermaksud membawa sesuatu di atas tapak tangan seperti frasa "menatang sedulang kopi".Tatabahasa30.08.2014
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu

Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti  Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan.

1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan

2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan.

3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir  pantun tersebut ialah ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata.

 

 

Lain-lain28.07.2010
minta pecerahan lanjutan tentang penggunaan perkataan "menatang". Sila rujuk file. terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2268-2269, menatang bermaksud membawa atau meletakkan sesuatu di atas tapak tangan.

 

Penggunaan perkataan menatang tidak sahaja digunakan dalam konteks menatang dulang sahaja, tetapi boleh digunakan dalam konteks lain, seperti “menatang sepinggan pisang goreng” dan “menatang semangkuk mi sup”.

 

Kedua-dua ayat yang berikut betul dan boleh digunakan:

1. Pak Cik Wei Han menatang pinggan-pinggan untuk dicuci.

2. Pak Cik Tee menatang dulang dengan berhati-hati.

 

Manakala, ayat “Ali menatang makanan yang dijual di kantin” diberikan penambahbaikan kepada “Ali menatang sepiring makanan yang dijual di kantin.”
Makna28.09.2024
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai lengĀ­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagiĀ­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.

Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
Tatabahasa24.12.2013
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
Salam Eid Mubarak Saya ingin bertanya sama ada perkataan "bersimpuh" boleh digunakan untuk tangan sebab saya pernah membaca di dalam karya tulisan dan juga contoh-contoh ucapan hari raya seperti "Izinkan tangan bersimpuh maaf..." Tetapi dlm kamus DBP, tidak ada contoh perkataan ini untuk tangan. Cuma kamus Bahasa Indonesia dan apabila menggunakan penterjemahan Google dari Malay ke English ia memberikan maksud bersimpuh sebagai "clenched together". Maksudnya meletak kedua tapak tangan bersama seperti menyembah atau seperti budaya orang Thai yang meletak tangan bersama di dada sebagai tanda salam. Mohon pencerahan sama ada ia boleh digunakan untuk tangan yg diletakkan bersama.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bersimpuh bermaksud duduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk), iaitu duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. Oleh itu, bersimpuh dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti yang dinyatakan.
Istilah27.05.2020
12

Kembali ke atas