Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pa/.ta.pa/] | تاڤق٢

Definisi : sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapak-tapak

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud kata kunciPerkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Istilah11.10.2009
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi.Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.08.2012
Yang mana satu penggunaan frasa yang betul? Tapak binaan atau tapak pembinaan?Mengapa?Tapak binaan kerana binaan ialah sesuatu yang dibina, manakala pembinaan ialah proses atau perihal membina.Tatabahasa31.07.2012
Selamat petang dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pengguna baru di laman wab ini, jadi di sini saya ingin mencari maksud perkataan dalam kolom Carian Kata. Tetapi di situ ia memerlukan kata kunci. Soalan saya, apa itu Kata Kunci? Di mana saya boleh perolehinya?Perkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Lain-lain13.08.2009
Saya keliru dengan penggunaan perkataan "binaan" dan "pembinaan" Berdasarkan ayat di bawah apakah perkataan yang sesuai diisi pada ruangan kosongan di bawah? Wak Suparman bekerja di tapak________ sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya di Indonesia. Mana satu penggunaan frasa yang betul pada ruang kosong di atas?tapak binaan atau tapak pembinaan?Binaan ialah bangunan yang dibina dan pembinaan ialah proses membina. Frasa yang betul ialah tapak pembinaan, iaitu kawasan yang sedang dalam proses membina.Tatabahasa15.08.2012
Saya ingin tahu adakah perkataan/istilah "tapak semaian" boleh ditukar / digantikan dengan "nurseri". Adakah DBP mengiktiraf "nurseri" boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain10.03.2010
Bolehkah saya menggunakan perkataan NURSERI SAWIT bagi menggantikan perkataan TAPAK SEMAIAN SAWIT? Adakah perkataan dan ejaan NURSERI boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain11.03.2010
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan.
2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif.
Tatabahasa11.03.2013
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih.Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak).Makna27.06.2011
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
1234

Kembali ke atas