Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pir] | تاڤير

Definisi : sj binatang liar, tenuk, Tapirus indicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pir] | تاڤير

Definisi : beberapa jenis binatang liar; tenuk; badak tampung, Tapirus malayanus; Ta­pirus indicus dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah terdapat terjemahan yang setara atau nama khas untuk istilah Bahasa Inggeris ini: "Malayan tapir"? Terima kasih. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_tapirSoalan anda akan dikemukakan ke Bahagian Peristilahan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel.Lain-lain23.05.2014
apakah maksud senuk/senok? atau mungkin ada ejaan yang hampir sama dengan perkataan itu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, tidak terakam kata senuk atau senok. Walau bagaimanapun, kata senuk terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara bermaksud tapir, tenuk.Lain-lain09.07.2010
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih.Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan.Lain-lain11.03.2020

Kembali ke atas