Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ra] | تارا

Definisi : 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : selisih atau perbezaan berat kasar dgn berat bersih, potongan harga barang (dlm kiraan peratus) sbg ganti pembungkusnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : Mn sj alat drpd kayu yg berpaku utk menggaris kayu; melampaui ~ melampaui garis (aturan, ukuran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : yg sama tingkat atau kedudukannya; banding; imbangan: tidak ada ~nya tidak ada bandingnya. bertara ada taranya; berbanding; berimbang; ti­dak ~ tidak ada bandingnya. me­narakan menjadikan sama (bkn keadaan, tingkat atau kedudukan); menyamakan. setara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. menyetarakan menjadikan setara. kesetaraan kedudukan atau keadaan setara. penyetaraan perbuatan atau perihal menyetarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi! Bolehkah saya tanya apakah itu sukan tara atau sukan mini? Apakah perbezaannya ? Terima kasih.Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun mini lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang kecil dan pada pendapat kami sukan mini bersifat lebih kecil serta tidak melibatkan banyak acara yang dipertandingkan.Makna27.09.2011
maksud tolok?Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.Makna12.12.2012
"Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum". Betulkah penggunaan perkataan ditimbangtarakan dalam ayat ini? Saya ingin menggambarkan dalam bahasa Arabnya al-takyif al-fiqhi. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan timbang tara bermaksud cara penyelesaian perte­lingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Berdasarkan makna tersebut penggunaan kata timbang tara tidak tepat dalam konteks ayat "Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum", perkataan yang lebih tepat ialah diselaraskan atau disesuaikan.Tatabahasa09.02.2011
salam, boleh tak gunakan perkataan "atau " pada permulaan ayat?Perkataan "atau" tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. "Atau" ialah kata hubung  dan jenis kata ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Contohnya: Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.Tatabahasa28.02.2012
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TKPerkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;

Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.04.2013
Tuan, apakah perbezaan antara bandingan dan tandingan di dalam ayat di bawah: 1) piza itu sedap tiada bandingan 2) piza itu sedap tiada tandingan terima kasih atas bantuanBandingan dan tandingan sama maknanya, iaitu imbangan atau tara. Oleh itu, kedua-dua ayat ... tiada bandingan dan ... tiada tandingan sama maknanya.Tatabahasa21.06.2012
Boleh terangkan secara terperinci bagi kata - kata berikut apakah golongan kata atau kelas katanya:- 1)Dan 2)Atau

'dan' dan 'atau' tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gaungan. Contoh ayat ialah; Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 251/252.

Tatabahasa19.08.2009
penggunaan 'atau' dan 'ataupun'. Apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini dan bila boleh digunapakai.Atau dan ataupun membawa maksud yang sama dan berfungsi sebagai kata hubung. Kedua-dua kata ini digunakan apabila hendak menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya, contohnya: besar atau/ataupun kecil; tua atau/ataupun muda; mahal atau/ataupun~ murah.Tatabahasa13.04.2009
penggunaan kata awalan "di","ke","dan"Awalan di dan ke ditulis sebagai satu perkataan (bersambung dengan kata yang mengikutinya). Cth. di-:dimakan, dibuat, dilaksanakan(kata kerja pasif). ke: ketua, kekasih,kehendak. Dan ialah kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Cth. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.  Tatabahasa02.04.2008
Salam, Bolehkah kata hubung "lalu" digunakan pada pangkal ayat. Misalnya, "Lalu, Ali terjatuh ke dalam longkang." Jika perkataan "lalu" diletakkan selepas perkataan Ali, iaitu "Ali lalu terjatuh ke dalam longkang." Ayat tersebut gramatis? Sekian, terima kasih.Lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan.Tatabahasa09.07.2012
12

Kembali ke atas