Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih. | Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang a) tarian Singa / Tarian Singa b) hari Deepavali / Hari Deepavali c) tarian Ngajat / Tarian Ngajat yang mana cara tulisnya betul ? Dalam buku teks KSSR tahun 1 yang ditulis ialah tarian Singa , hari Deepavali dsbnya manakala dalam buku teks KSSR tahun 2 pula bukan seperti itu pula? Apakah cara yang lebih tepat boleh saya terangkan kepada anak murid saya untuk menguasai kemahiran tanda baca -- huruf besar . | Merujuk pangkalan data kami ejaan yang betul ialah tarian singa, tariang ngajat dan Hari Deepavali. Walau bagaimanapun maklumat yang tuan berikan akan kami sampaikan kepada Bahagian Buku Teks untuk kami buat semakan. | Ejaan | 18.07.2012 |
Salam sejahtera. - tarian ngajat/ tarian Ngajat / Tarian Ngajat Yang manakah betul ? T.kasih. | Ejaan yang betul ialah tarian ngajat. | Ejaan | 26.07.2016 |
Salam 1 Malaysia. Saya ingin bertanya tentang perkataan Bharata Natyam iaitu sejenis tarian kaum India. Kenapa pihak DBP tidak senaraikan dalam Kamus Dewan? Selain itu, saya juga ada kemusykilan kerana Bharata Natyam ini sejenis tarian, adakah perlu ditulis tarian Bharata Natyam atau tarian bharata natyam? Ini kerana tarian biasanya dieja dengan permulaan huruf kecil, tetapi melalui rujukan dari internet, semua dieja dengan permulaan huruf besar. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. | Nama tarian bharata natyam ditulis dengan huruf kecil sama seperti ngajat dan zapin. Walau bagaimanpun banyak juga penerbitan yang menulis nama tarian dengan huruf besar dan hal itu bukanlah satu kesalahan, malah dianggap sebagai gaya khas (house style) sesebuah syarikat. | Ejaan | 28.10.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ejaan bagi 1. hari Deepavali 2. Hari Deepavali Yang mana satu betul? Selain itu, perlukah kita menggunakan huruf besar bagi nama tarian seperti tarian ngajat dan tarian singa? Terima kasih. Drp: Wu | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu. Dalam ayat, tarian ngajat, tarian singa dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.08.2014 |
tarian ngajat, "t" iaitu tarian perlu huruf besar dan "n" iaitu ngajat perlu huruf besar? | Sebagai nama khas Tarian Ngajat hendaklah ditulis dengan awalan huruf besar. | Ejaan | 18.06.2012 |
tarian naga adakah sama dengan Tarian Ngajat juga Kata Nama Khas?perlukah huruf besar?Kalau tarian ngajat dalam ayat perlukah huruf besar?(sebab saya mendapati penjelasan arkib soalan mengatakan bahawa dalam ayat tarian ngajat perlu huruf besar sedangkan ia merupakan Kata Nama Khas.) | Dalam Kamus Dewan ngajat dieja dengan huruf kecil maka ngajat tidaklah diklasifikasikan sebagai kata nama khas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
Saya telah membaca maklum balas yang terdapat dalam bahagian carian kata tentang 'tarian ngajat'. Ada beberapa jawapan yang tidak sama tentang kata majmuk 'tarian ngajat'.Jadi, 'tarian' ngajat' perlu ditulis huruf besar pada pangkal setiap perkataan sekiranya ialah kata nama khas kerana dalam Kamus Dewan ditulis huruf kecil pula. | Dalam Kamus Dewan, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am. Contoh ayat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat. | Tatabahasa | 12.07.2017 |
Salam. Dua ayat ini, penggunanan perkataan "jika" atau "kerana" ? Terima kasih. 1. Latihan tarian pada petang ini akan dibatalkan "jika" guru tarian tidak dapat datang. 2. Latihan tarian pada petang ini akan dibatalkan "kerana"guru tarian tidak dapat datang. | Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Penari itu menarikan tarian joget atau penari itu menari tarian joget? | Jawapan yang tepat ialah "penari itu menarikan tarian joget" | Tatabahasa | 15.09.2014 |