Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut? | Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama. | Lain-lain | 09.11.2008 |
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan.. | mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)
| Tatabahasa | 28.08.2012 |
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasih | Lazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini. | 1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya. 2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan) | Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
ADAKAH DBP MASIH MENGADAKAN PEMILIHAN PENULIS BUKU TEKS SK & SJK(TEKS 2011) UNTUK TAHUN 2? BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BORANGNYA? | Penyertaan Sdr sebagai calon penulis amat kami alu-alukan. Iklan mengenainya serta syarat-syarat yang berkaitan terdapat dalam laman sesawang DBP. Sila rujuk laman sesawang DBP untuk nmendapatkan maklumat lanjut. Sila pastikan juga Sdr tidak terlepas tarikh-tarikh penting yang berkaitan sebagaimana yang diiklankan. | Lain-lain | 29.06.2010 |
kekeliruan tentang surat rasmi kerajaan. Adakah tarikh dan bilangan rujukan perlu ditulis tangan atau ditaip komputer. Adakah menjadi kesalahan sekiranya tarikh dan no rujukan di taip menggunakan komputer. Sekian terima kasih. | Tidak menjadi kesalahan menulis tarikh dan nombor rujukan dengan komputer, malah keseluruhan penulisan kelihatan lebih kemas. | Lain-lain | 21.06.2011 |
pada tarikh 23/03/2012 saya ada menghantar email untuk pengesahan bahasa untuk lesen iklan papan tanda untuk DBKL, dan telahpun lulus, terima kasih. tetapi baru-baru ini iaitu pada 03/05/2012 saya menghantar visual yang sama tetapi lain warna sahaja, tetapi tidak lulus..sila jelaskan kepada saya situasi sebenar... | Sila berikan nombor pendaftaran kedua-dua iklan tersebut supaya kami boleh semak sebab iklan tersebut tidak lulus. | Lain-lain | 09.05.2012 |
CARA MENULIS TARIKH. CONTOH 1 - 3 DISEMBER 2011 ATAU 1HB-3HB DISEMBER 2011. YANG MANA SATU BETUL? | Kedua-dua bentuk penulisan adalah betul, tetapi gaya penulisan terkini ialah 1 - 3 Disember 2011. Jika hendak menulis kependekan hari bulan ejaan yang betul ialah 1 hb. - 3 hb. Disember 2011. | Ejaan | 11.10.2011 |