Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
taruh (kata nama)
1. Bersinonim dengan tagan: teban, tabanan,

2. Bersinonim dengan cagaran: sandaran, tanggungan, gadaian,

Kata Terbitan : bertaruh, menaruh, mempertaruhkan, taruhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan?1">
stakeholder 1. (in betting, race) pemegang taruh2. (leg.) pemegang amanah harta. Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1">
stakeholder pihak berkepentingan Pentadbiran Pengurusan -

Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Makna26.03.2018
Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh)

Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

1.     High quality products and services through continual improvement.

Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan.

2.    
Timely delivery of products and services.

Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya.

3.    
Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements.

Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan.

Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan.

Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.
Penyemakan dan penterjemahan22.05.2025

Kembali ke atas