Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rung] | تاروڠ

Definisi : bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, mem­bentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, ter­sandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu ber­lakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menye­belahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rung] | تاروڠ

Definisi : ; bertarung 1 berlanggar atau berhantuk dgn sesuatu (bkn kereta dll). 2 bertanding dlm sukan dll; beradu: Beberapa orang peserta yg handal akan ~ dlm pertandingan itu. 3 bergaduh; berkelahi; berperang. tertarung terlanggar pd sesuatu; terhantuk; tersandung: Kakinya ~ pd batu. pertarungan 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. 2 perbuatan atau hal bertarung; per­kelahian; pergaduhan; pertempuran: Satu ~ yg mengerikan telah berlaku antara kedua-duanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarung
Kata Terbitan : bertarung, menarungkan, mempertarungkan, pertarungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021

Kembali ke atas