tata/amalan fogging | tataamalan penyabutan | Ejaan | 27.01.2011 |
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |
semakan penggunaan tata banhasa malaysia yang tepat! | Penggunaan bahasa dalam iklan itu betul, untuk pengesahan klik domain http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx. | Lain-lain | 17.06.2013 |
semakan penggunaaan tata bahasa malaysia yang betul untuk papan iklan luaran | Sila pinda "BERSAMA, MALAYSIA DAN GE MENJANA KEMAJUAN" menjadi " MALAYSIA DAN GE BERSAMA MENJANA KEMAJUAN". Sila ke ruangan "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan setelah membuat pindaan. | Tatabahasa | 15.06.2013 |
apakah maksud tata krama? | Tatakarma bermaksud aturan, susunan atau sistem semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia. | Makna | 24.05.2010 |
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tangan | Tatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut. | Lain-lain | 01.06.2013 |
Salam, adakah perkataan seperti 'tatacara', 'tatatertib', 'tatarakyat' dan 'tatabahasa' boleh dikategorikan sebagai kata majmuk? Terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tata merupakan awalan kata nama sama seperti maha, juru, pra, supra dan lain-lain. Bentuk awalan tata-digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. Perkataan tatatertib, tatarakyat dan tatabahasa bukan kata majmuk. Kata majmuk dieja secara terpisah dan hanya bentuk yang mantap dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
1. Mohon pengesahan ejaan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan: 1. Pra 2. anti 3. tata 4. Dwi 5. Pasca 6. Pro Adakah dieja satu perkataan atau dua perkataan. 2. Kenapakah perkataan antidadah dieja satu perkataan dan anti Malaysia dieja dua perkataan? 3. Mohon penjelasan tentang penggunaan 'oleh kerana dan oleh sebab'. | Pra, anti, tata, dwi, pasca dan pro dianggap sebagai awalan asing dan dieja sebagai satu perkataan dengan perkataan yang bergabung dengannya. Namun begitu awalan asing yang bergabung dengan kata nama khas hendaklah dieja dengan tanda sempang di tengah-tengahnya seperti anti-Israel. | Tatabahasa | 09.12.2011 |
Adakah salah dari segi tata bahasa sekiranya saya menggunakan perkataan 'mara' dengan perkataan 'membangun'? | Dalam konteks makna, ayat yang lebih tepat ialah mara untuk membangun kerana mara dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud bergerak ke muka, tampil ke hadapan. | Makna | 21.08.2006 |