Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ba.ha.sa] | تاتابهاس

Definisi : pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ba.ha.sa] | تاتابهاس

Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan ttg penyu­sunannya dlm ayat; nahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatabahasa (kata nama)
Bersinonim dengan nahu, jalan bahasa, sistem bahasa.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tanya ayat berikut betul salah. Trofi Olahraga Terbaik saya gondol dalam kejohanan sukan daerah.Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa30.07.2013
Buku tatabahasa dewan menyatakan bahawa penggunaan perkataan memperakui adalah tidak betul dari sudut tatabahasa, tetapi mengapa perkataan ini wujud dalam kamus dewan?Memperakui kata terbitan daripada apitanmemper...i dengan kata dasar aku. Bentuk apitan ini wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Bentuk apitan ini tidak produktif dan contoh lain seperti memperingati dan memperisteri.Tatabahasa04.10.2013
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'?Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa05.10.2013
Salam sejahtera Tuan, Dari manakah boleh saya dapatkan senarai yang lengkap bagi kata hubung dalam BM? Sekian, terima kasih.Untuk mendapatkan senarai lengkap kata hubung dalam bahasa Melayu, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.10.2013
Apakah kesalahan ayat ini : Ketidakhadiran Cikgu Fatimah dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.Ayat yang gramatis ialah Cikgu Fatimah tidak hadir dalam majlis itu kerana kurang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa04.08.2013
Adakah tatabahasa ayat iklan di bawah ini betul? 1. Nilai Hebat Untuk Anda! 2. Lebih Nilai Untuk Anda! Terima Kasih!Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks.Tatabahasa29.08.2013
Anak Mak Timah jangankan pulang menjenguknya, bertanya khabar pun tidak. Betulkah ayat ini??Tatabahasa dan struktur ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
saya ingin bertanya mengenai tatabahasa seperti ayat dibawah: Ibu sedang membaca buku di tepi laut. Persoalannya, Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah "Ibu sedang membaca buku di tepi pantai."Tatabahasa29.06.2013
Ke jawatankuasa? atau perkataan laian yang sesuai.Soalan tuan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan jelas menggunakan tatabahasa yang betul. Tuan boleh melayari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan lanjut.Tatabahasa18.10.2013
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut?Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa dan struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas