Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan ttg penyu­sunannya dlm ayat; nahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatabahasa (kata nama)
Bersinonim dengan nahu, jalan bahasa, sistem bahasa.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan penjelasan mengenai definisi tatabahasa , aspek tatabahasa, morfologi dan bahasa melayuBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tatabahasa" bermakna cabang ilmu linguistikyang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain22.09.2024
apa itu tatabahasaBerdasrakan Kamus Dewan Perdana, tatabahasa bermaksud "cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik dan nahu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Makna12.09.2024
Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hadir sebelum kata nama/frasa nama.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008),  halaman 265, kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.  Tatabahasa14.01.2025
Meminta khidmat nasihat mengenai tatabahasa yang betul untuk isi kandungan dokumen?

Untuk menyemak fakta berkaitan tatabahasa, puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2010) atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021)

Lain-lain24.10.2024
1. Di dalam dompet tersebut terdapat wang tunai dan kad pengenalan milik Ali. Adakah terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa di atas dan mengapa penggunaan tatabahasa tersebut salah?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa04.10.2024
Apakah perbezaan diantara perlantikan & pelantikan? Dari segi tatabahasa yang mana satu lebih tepat?

Dari segi tatabahasa, ejaan yang betul ialah pelantikan. Kata nama terbitan pelantikan berasal daripada bentuk kata kerja melantik, iaitu hal atau perbuatan melantik seseorang atau sesuatu pihak. Tidak ada kata  terbitan perlantikan kerana tiada kata kerja yang menggunakan awalan beR- (berlantik).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 132.

Tatabahasa31.10.2024
Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM.

Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut:

Jenis huruf: Arial
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris

Lain-lain19.05.2026
Tolong semak tatabahasa bagi teks di bahagian lampiran.

Untuk penyemakan aspek bahasa dalam dokumen tersebut, mohon jasa baik YBhg. Dato’ untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my.

Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan pihak YBhg. Dato’.

Penyemakan dan penterjemahan21.11.2024
Selamat pagi. Jikalau sesebuah buku itu dinamakan "Cita Rasa Cinta", apakah nama buku ini boleh diterima atau betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.

Nama tersebut boleh diterima dari segi tatabahasa tetapi kurang tepat dari aspek makna. Sila kenal pasti maksud yang hendak disampaikan dan dinyatakan dalam frasa yang tepat dari aspek makna dan tatabahasa.

Tatabahasa10.05.2026
KENAPA PERKATAAN "ADALAH" SUKACITA DIMAKLUMKAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT RASMIPenggunaan frasa "Adalah sukacita dimaklumkan" pada permulaan ayat dalam surat rasmi adalah satu kebiasaan yang sering kita lihat namun sebenarnya salah dari segi tatabahasa. Menurut Tatabahasa Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kesalahan ini berpunca daripada penyalahgunaan fungsi kata pemeri. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada pangkal ayat. Tatabahasa15.05.2026
12345678910...

Kembali ke atas