Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. | Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
TATACARA PENGESAHAN IKLAN | IKLAN MESTI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU | Lain-lain | 01.11.2010 |
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLAN | DATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBP | Lain-lain | 26.10.2010 |
PERTANYAAN TENTANG TATACARA PENGESAHAN IKLAN | TATACARA PENGESAHAN IKLAN | Lain-lain | 31.03.2011 |
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa". | Tatabahasa | 29.06.2015 |
apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia? | Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 23.02.2008 |
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua. | Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) | Tatabahasa | 08.04.2015 |
1) apakah tatacara penggunaan kata kerja diberi vs diberikan? 2) bilakah penggunaan kata sendi dibenarkan? cth: diberi kepada Ali atau diberikan kepada Ali? | Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Contoh: Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif) Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif) Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif) Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif) | Tatabahasa | 16.01.2014 |
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf “sy”, imbuhan yang terlibat antaranya “men-“, “men-…-kan”, “pen-“, dan “peN-…-kan” untuk membentuk kata seperti “mensyampu”, “mensyaratkan”, “pensyarah”, dan “persyarikatan”. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar “syair”; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; “mensyairkan”, “pensyair”, “penyair”, “kepenyairan”. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu “menyair”, dan “kepensyairan” dapat gunakan? Mungkin “menyair” diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana “kepenyairan”, manakala “kepensyairan” pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada “menyair” atau “mensyair”, dan “kepenyairan” atau “kepensyairan”, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan “jawaban” atau “jawapan”, “pelibatan” atau “penglibatan”, “pembelajaran atau pemelajaran” dsb. Pada pendapat saya, supaya “pensyair” dapat digunakan dengan “rasa baku” berbanding “penyair”, kata terbitan “kepensyairan” juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Seperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya. | Istilah | 27.11.2012 |