Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.tal] | تاتل

Definisi : suban yg tipis drpd kayu yg diketam (ditarah dll), sempak yg tipis-tipis: maka disuruh buka oleh baginda, maka dilihatnya ~ bergulung spt subang; ~ ketam tahi ketam, serutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tal] | تاتل

Definisi : menatal (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; penatalan perbuatan atau proses menatal (bkn paparan teks pd skrin paparan) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tal] | تاتل

Definisi : tertatal ark terhimpit; ® tetal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tal] | تاتل

Definisi : suban yg tipis drpd kayu yg di­ketam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatal (kata nama)
Bersinonim dengan suban, sempak, sisa kayu, serpih kayu, selumbar, bahan, tahi ketam.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris doom scroll/ doom scrolling ?Kami mencadangkan doomscrolling atau doomsurfing diterjemahkan sebagai "tatal lara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah04.03.2022
Tuan, soalan saya ialah untuk tujuan pemasaran perkhidmatan untuk pengguna milenium: 1. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Song Writer" Penulis muzik / Pencipta muzik / Penggubah lagu / Komposer? 2. Adakah penggunaan perkataan "Trending" dibenarkan dalam Bahasa Melayu? Di Astro TV, perkataan "Trending" sering digunakan oleh pembaca berita hiburan. Jika tidak dibenarkan, apakah perkataan yang patut digunakan? Popular / Sohor Kini? 3. Apakah perkataan Melayu yang betul untuk "Scroll"? Skrol atau Tatal? 4. Adakah dibenarkan untuk menggunakan perkataan "Hashtag" (#) yang digunakan secara meluas dalam aplikasi Instagram? Walaupun saya tahu bahawa terdapat perkataan "Tanda pagar" dalam kamus Dewan. Pada pendapat saya, Skrol, Trending dan Hashtag wajar digunakan kerana anak-anak muda lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang seakan Bahasa Inggeris. Diharap tuan dapat memberikan jawapan yang paling tepat (untuk tujuan pemasaran) jika pilihan yang saya berikan di atas adalah tidak tepat. Terima kasih.

1.  Padanan Bahasa Melayu untuk “song writer” ialah pencipta lagu, pengubah lagu, komposer lagu. Pengguna boleh menggunakan mana-mana padanan bahasa Melayu.

2.  Trending diberikan padanan Sohor Kini dalam bahasa Melayu. Popular dan Sohor Kini membawa maksud yang sama. Pengguna boleh menggunakan mana-mana perkataan bersesuaian dengan konteks ayat.

3.  Pengguna boleh menggunakan skrol atau tatal sebagai padanan bahasa Melayu untuk “scroll”, iaitu salah satu ikon yang terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat dengan menggunakan tetikus.  

4.  Apabila sesuatu perkataan sudah ada dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut hendaklah digunakan. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan, ini bermakna pengguna telah menggunakan bahasa rojak (percampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu) dan tidak menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan.

Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (), sohor kini (). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.
Istilah28.03.2019

Kembali ke atas