Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.la.ku] | تاتالاکو

Definisi : sistem atau peraturan perilaku peri-badi seseorang individu, kumpulan dsb: novel ini mampu menghiburkan dan mem­berikan kesan positif kpd ~ pelajar itu sendiri; beliau sendiri tidak mengelak drpd ~ yg penuh displin spt ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.la.ku] | تاتالاکو

Definisi : cara atau peraturan ttg peri­laku seseorang, sesuatu kumpulan dsb: Novel itu mampu memberikan kesan po­sitif kpd ~ para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatalaku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami sedang menyiapkan buku bertajuk Kod Etika dan Tatalaku. Walau bagaimanapun terdapat sedikit ketidakpastian, iaitu ejaan yang mana adalah betul; Tatalaku atau Tatakelakuan? Menurut laman Web DBP, penggunaan Tatakelakuan adalah yang betul. Walau bagaimanapun, menurut mengikut Akta Badan-Badam Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Sebagaimana pada 22 Oktober 2021), penggunaan Tatalaku adalah yang betul. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian terima kasihIstilah yang telah digubal bersama-sama pakar ialah "tatakelakuan", khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Sains Politik. Namun begitu, kata "tatalaku" turut digunakan dalam penggunaan masyarakat dari tahun 2000 dengan makna yang sama. Istilah09.08.2024
Saya ingin kepastian iistilah sebenar 'code of conduct' di dalam Bahasa Malaysia adakah ianya Tatalaku atau ada perkataan lain yang lebih tepat. Kalau ianya Tatalaku bagai dengan ejaan yang betul sama ada Tatalaku atau Tata Laku

En. Aziz,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah tatakelakuan. 

Istilah06.07.2009
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'?'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan'Istilah30.01.2018

Kembali ke atas