berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara | 1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada). 2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai. 3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah. 4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara. Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. | Makna | 17.03.2010 |
Apakah maksud bagi perkataan tatakelola? Apakah ejaan yang betul iaitu tata kelola atau tatakelola? | Tatakelola bermaksud tadbir urus jika padanan bahasa Inggerisnya governance. Kata tatakelola dieja rapat sama seperti kata yang berawalan tata- yang lain seperti tatacara, tatanegara dan tatahukum. Untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan sesuatu kata, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 17.07.2023 |
Tuan/Puan, Minta beri nasihat bagi ayat-ayat di bawah: 1."Tolong belikan ibu sesarang telur." Penjodoh bilangan "sesarang" ialah berapa biji?adakah lebih 10 biji?? 2."Pak Pandir sering berangan-angan untuk ____anak raja." A. beristeri B diperisteri C beristerikan D memperisteri Jawapan diberi dalam buku rujukan ialah ""C.beristerikan" Minta jelaskan apa perbezaan penggunaan "beristerikan" dengan penggunaan "memperisteri". Adakah "memperisteri" juga boleh diterima sebagai jawapan? 3."Kita haruslah menjaga ____di hadapan orang tua." A.tatacara B tatatertib C tatanegara D tatabahasa Jawapan yang diberi dalam buku rujukan ialah "tatatertib", tetapi bolehlah jawapan "tatacara" boleh diterima? Terima kasih. | 1. Sesarang telur dinisbahkan kepada bekas mengisi telur. Sesarang telur bukanlah penjodoh bilangan dan jumlahnya bergantung pada muatan bekas tersebut. 2. "Pak Pandir sering berangan-angan untuk memperisteri anak raja." Beristerikan bermaksud mempunyai seseorang sbg isteri, memperisteri bermaksud mengahwini. 3. "Kita haruslah menjaga tatatertib di hadapan orang tua." Tatacara ialah peraturan yang berakitan dengan pentadbiran. | Tatabahasa | 23.08.2016 |