Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menatar mengajar (membimbing, memberikan kursus, dll) utk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dll);penataran proses (usaha, kegiatan, dsb) menatar: kursus ~ hendaklah diadakan dr semasa ke semasa; penatar orang yg menatar, pembimbing (pengajar dsb) dlm penataran; petatar orang yg mengikuti atau menjalani kursus penataran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatar I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan PENATARANPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain).Makna22.11.2012
Saya ingin bertanya maksud PENATARAN BAHASA MELAYUPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain). Dalam hal ini, penataran bahasa Melayu bermaksud kursus atau bimbingan yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bahasa Melayu.Makna10.02.2009

Kembali ke atas