Soalan: Bolehkan perkataan "tau" sebagai ganti "tahu" digunakan sebagai tagline/tajuk untuk pengiklanan. Contohnya: Rasa dulu baru tau! | Tau dan dahulu ialah bahasa percakapan, dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai bp. Bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah iklan. Maka, penggunaan yang betul ialah "Rasa dahulu baru tahu". | Tatabahasa | 09.01.2015 |
assalamualaikum tuan/puan. saya ingin bertanya soalan mengenai perkataan TAHU atau TAU. bolehkah perkataan TAU digunakan kerana maksudnya juga seerti dengan TAHU. sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa pasar bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa pasar. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
assalamualaikum tuan/puan. "Cepat balik tau...nanti ibu kau bising." tuan/puan, adakah perkataan tau dalam dialog di atas boleh digunakan dalam penulisan novel? (saya jumpa dialog di atas di dalam sebuah novel remaja.) sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa percakapan bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa percakapan. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan. | Makna | 24.03.2015 |
Zatie da Bez Apr 8th, 9:30am Hai DBP, boleh saya tau prosedur utk menerbitkan novel di DBP? Maaf, saya masih baru. Budak baru banyak yang tak tau. | Sila hubungi Bahagian Buku Sastera melalui Ketua Bahagian, YBhg. Datin Hajijah Jais di talian 03-21479000 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.04.2015 |
Assalamualaikum. Yang mana ejaan yang betul? (a) Taufufa (b) Taufufah (c) Taufu fa (d) Taufu fah Terima kasih. | TAU FU FAA MERUPAKAN NAMA SEJENIS MAKANAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. NAMUN, PERKATAAN TAU FU FA BELUM ADA DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Nak tau terjemahan "shortlisted" dalam BM | 'Shortlisted' ialah disenarai pendekkan. | Makna | 25.02.2008 |
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan. | Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. | Istilah | 10.08.2023 |
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan. | Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. | Istilah | 22.08.2023 |
Saya nak tau istilah komputer yang sesuai untuk "Blackbox" dan "Unblackbox"? Boleh tunjukkan cth ejaan "blackboxing" utk ayat ni? cth: "try blackboxing if you have ideas". | Padanan bagi istilah "black box" dalam bidang komputer ialah "kotak hitam". Manakala "godam kotak hitam" dicadangkan sebagai padanan bagi istilah perkataan "unblack box". Selain itu, pihak kami tidak membuat semakan bagi ayat atau perkataan dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2020 |