Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. adakah ayat di atas betul? | Dari segi tatabahasa, ayat ini betul. Cadangan pembetulan ialah kata 'mestilah' boleh digantikan dengan 'hendaklah' dan ejaan 'tauladan' diganti dengan 'teladan'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Pengertian perkataan teladan atau tauladan. | ejaan sebenar ialah teladan yang membawa maksud perbuatan dan lain-lain yang patut diikuti atau dicontohi. | Tatabahasa | 01.08.2007 |
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladan | Kedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh. | Lain-lain | 16.04.2009 |