salam, saya kurang faham penanda wacana. bolehkah ianya digunakan pada permulaan ayat. bagaimana pula dengan kata hubung ? adakah boleh kita gunakan pada permulahan ayat. | Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Penanda wacana boleh digunakan pada permulaan ayat seperti namun, tambahan pula, di samping itu. Contoh ayat: Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 524-529. Kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atau jawapan yang tuan/puan berikan di atas pertanyaan saya tempoh hari. Di sini saya ingin bertanyakan tentang apakah ciri-ciri penanda wacana dan apakah jenis-jenis wacana? Seterusnya bolehkah tuan/puan menghuraikan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan ciri keutuhan wacana. Sekian sahaja pertanyaan dari saya. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan. | Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 524-529. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |