Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wa] | تاوا

Definisi : perbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll): kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad men­dengar deraian ~ ratusan muridnya; tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat; ~ kecil ketawa yg tidak kuat; ~ besar = ~ ter-bahak-bahak ketawa dgn keras dan nyaring; mentertawai 1. tertawa terhadap; 2. meng-hina, mengejek; mentertawakan 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup; tertawaan bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang; ketawa tawa; mengetawai mentertawai; mengetawakan mentertawakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wa] | تاوا

Definisi : tertawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawa
Kata Terbitan : ketawa, mengetawakan, mentertawakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan/puan, soalan: terdapat beberapa kata akar yang dikatakan sebagai bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan(tatabahasa dewan 2008, p107) seperti tapa->per-tapa-an tawa->ke- tawa mudi->ke-mudi jikalau bentuk-bentuk per-an, ke- dikatakan bukan imbuhan, maka apa yang harus dipanggil tentang bentuk-bentuk itu?Bentuk-bentuk tersebut ialah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.Tatabahasa02.09.2009
Maksud "hilai tawa"Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah.Makna14.04.2013
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
selamat sejahtera. Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan tentang bentuk dan golongan kata ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan pembetulan serta ulasan tentang bentuk dan golongan kata ini. Terima kasih di atas kesudian pihak tuan membantu saya.Terdapat beberapa pembetulan:

1. Sebak = kata kerja
2. Cuma = kata tugas
3. Senyum = kata tunggal
4. Tawa = kata kerja
5. Kekasih = kata ganda
6. Inginkan = kata kerja
7. Temui = kata kerja
8. Sengaja = kata kerja
9. Pada = kata tugas
Tatabahasa27.03.2013
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010

Kembali ke atas