Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wa.nan] | تاونن

Definisi : 1. orang yg ditawan: ia telah menjadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wa.nan] | تاونن

Definisi : 1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda. 2 sesuatu yg ditawan oleh musuh; rampasan; jarahan: barang- barang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semua tawanan perang itu jangan kalian pengapakan,” kata Bendahara Ali kepada anak-anak buahnya. (munsyi, adakah pengapakan sesuai digunakan dalam sastera lama ini?)

Saudari,

Tidak terdapatnya perkataan 'pengapakan' dalam sumber rujukan kami. Namun, untuk contoh ayat yang di atas, lebih gramatis sekiranya digunakan perkataan 'apa-apakan'. Misalnya:

Semua tawanan perang itu jangan kalian apa-apakan.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sastera05.09.2012
Memohon Penjelasan Penggunaan Perkataan Saya sedang menyunting manuskrip untuk buku berkaitan agama untuk diterbitkan. Untuk mewujudkan keselarasan dan bagi mengelakkan kesilapan penggunaan perkataan, saya memohon kerjasama tuan untuk memberikan panduan. Dilampirkan senarai soalan yang memerlukan penjelasan. 1. Penggunaan kata ganti `beliau’ dan `dia’. Kebanyakan buku agama selama ini cenderung menggunakan kata ganti `dia’ untuk merujuk kepada nama seperti Sayidina Abbas, Siti Khatijah dll. Soalan: Saya berpendapat penggunaan Kata Ganti `beliau’ lebih sesuai. Apa pandangan tuan? 2. Saya hanya akan menggunakan kata ganti `dia’ untuk merujuk kepada orang biasa seperti `penangkap ikan’, `pekebun’ dsbnya atau individu yang bersifat negatif seperti `pencuri’, `tawanan perang’ atau `penjenayah’ dan nama-nama lain seperti `Abu Jahal’, `Abu Lahab’, `Firaun’ dsbnya yang bersifat negatif Soalan: Apa pandangan dan ulasan pihak tuan. 3. Penggunaan ejaan bagi perkatan yang bersumberkan bahasa Arab untuk gelaran pada nama. Contohnya Sayidina Umar Al-Khatab, Yusuf As-Syami, Saad Abi Waqas, dsbnya. Soalan: apakah perkataan `Al, As, Abi dan Ibnu’ dieja begini atau huruf kecil seperti: Umar al-Khatab, Yusuf as-Syami, Saad abi Waqas, Zaid ibnu Syakur.1. Peliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati. Dalam konteks ayat tersebut kata yang beliau lebih sesuai digunakan atau dikekalkan gelaran saidina dan saidatina.

2. Kata ganti nama dia lebih umum dan boleh digunakan untuk selain daripada "beliau".  

3. Kata gelaran yang tuan maksudkan itu dieja dengan huruf kecil, seperti Saidina Umar al-Khatab dan Saad ibni Abi Waqas.
Tatabahasa24.06.2016

Kembali ke atas