Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar. | Tatabahasa | 18.11.2013 |
Salam Ramadan, 1. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa kata 'meng-e-melkan' dan 'mengX-raykan' adalah salah, sepatutnya 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Pandangan tuan? 2. Ayat: Ikan sungai air tawar sangat digemari oleh kebanyakan orang yang tinggal di kampung-kampung. Betul / Salah | Salam Ramadan, 'meng-e-melkan' dan 'meng-x-raykan tidak salah tetapi lebih gramatis jika menggunakan 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Ikan sungai air tawar...salah- Ikan air tawar...betul
| Tatabahasa | 08.08.2012 |
Apakah antonim bagi masin? Ada yang mengatakan antonim bagi masin ialah manis dan ada juga yang mengatakan tawar. Bagi saya, antonim bagi manis ialah masam. Jadi, tentunya antonim bagi masin bukan manis. Harap dapat menguraikan kekusutan ini. Soalan tersebut adalah soalan bahasa melayu tahun 2. | Antonim bagi masin dan manis ialah tawar. | Tatabahasa | 02.10.2011 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya M.Rathanamalah dari Ayer Tawar, Perak. Saya ingin mengetahui bagaimana bahasa Melayu boleh menyatupadukan rakyat di negara kita yang berbilang kaum ini.. Saya harapkan beberapa cadangan daripada tuan/puan. Terima kasih. | Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk bahan ini: 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis (Dewan Masyarakat 01/06/1996). 2. Bahasa Melayu Jambatan Perpaduan oleh F. P. Chew (Dewan Bahasa 01/01/2004). 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah (Massa 24/08/2002) . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. (Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992) . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid (Dewan Bahasa 01/10/2002). 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin (Dewan Bahasa 01/05/2007). | Lain-lain | 08.08.2009 |
1. Bapa sedang menunggu kopi yang dibancuh oleh ibu. 2. Penjaja itu tawar-menawar dengan wanita itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Betul. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempeti | B. Hiruk-pikuk. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempita | Hiruk-pikuk.T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
apakah maksud "tumpul semangat" | Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat. | Makna | 09.01.2011 |
apakah istilah dalam bahasa malaysia untuk "discouraged borrowers": a good borrower may not apply for a loan to a bank, because they feel that they will be rejected. terima kasih. | Cadangan kami ialah peminjam tawar hati. | Istilah | 21.11.2011 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |