[ta.yang] | تايڠ
Definisi : menayang membawa di tapak tangan, menatang, menating;menayang-nayang menunjuk-nunjukkan sesuatu; menayangkan 1. membawa atau menatang sesuatu: Dolah ~ gelasnya yg berbusa; 2. mempertunjukkan, mempersembahkan (filem dll): filem yg ditayangkan di sana kebanyak-annya filem yg tidak sesuai dgn jiwaku; tertayang telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan; tayangan 1. sesuatu yg ditayangkan; 2. per-sembahan atau pertunjukan (filem dll): hari itu ada ~ pagi cerita Melayu; ~ perdana persembahan (pertunjukan) kali yg pertama (filem dll); penayangan perihal menayangkan; penayang 1. orang atau pihak yg menayangkan sesuatu (spt filem dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.yang] | تايڠ
Definisi : Ph; main ~ main galah panjang, main tul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.yang] | تايڠ
Definisi : ; menayang membawa atau mengangkat di atas tapak tangan; menatang. menayangkan 1 membawa sesuatu di atas tapak tangan. 2 menunjukkan filem dsb: Sekali sebulan, pihak pejabat penerangan ~ wayang gambar di situ. tayangan 1 sesuatu yg ditayangkan. 2 pertunjukkan atau persembahan filem dsb: ~ filem tsb akan bermula esok. ~ perdana pertunjukan filem tsb bagi kali yg pertama. penayangan perihal atau perbuatan menayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)