Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
memeterai | me.me.te.rai. | Lain-lain | 28.05.2008 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi KEJURUTERAAN BESI | [ke.ju.ru.te.ra.an] | کجوروتراءن [be.si] | بسي | Ejaan | 16.12.2019 |
Salam sejahtera, Bolehkah saya mengetahui apakah maksud "PI" di dalam definisi maklumat kata dalam carian umum DBP. Contoh seperti di bawah: [te.ra] | ترا Definisi : (téra) Kd, Pl pandai, bijak. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi perkataan-perkataan lain yang mempunyai singkatan "PI" ialah seperti pemo, sentak II, dll. Suatu masa dulu saya pernah bertanya di manakah perlu dicari senarai singkatannya, dan diberi tahu boleh didapati dari buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA, di bawah tajuk SINGKATAN DAN AKRONIM. Lampiran PDF juga telah diberi, akan tetapi senarainya tidak lengkap dan lebih pada singkatan nama sahaja. Bantuan tuan/puan amat dihargai. Terima kasih. | PI ialah kependekan bagi Perlis. Saya lampirkan di sini senarai kependekan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan tuan. Harap membantu. | Makna | 05.05.2020 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Apa beza halangan, cabaran dan masalah? ciri yang utama yang membezakan 3 perkataan tersebut? adakah masalah = sesuatu yang telah berlaku atau sedang berlaku? adakah cabaran = sesuatu yang akan berlaku? adakah halangan = sama seperti cabaran? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud halangan ialah aral, gangguan, rintangan atau tegahan, manakala cabaran menurut Kamus Pelajar Edisis Kedua ialah ajakan untuk berlawan, tantangan atau sesuatu yang mencabar dan maksud masalah ialah sesuatu yang mesti diselesaikan. | Makna | 27.01.2017 |
1)Apakah sebutan bagi perkataan " beratur" ? Disebut ber'a'tur atau be'ra'tur ? Begitu juga bagi perkataan "berombak". 2) Biasanya sebutan bagi perkataan "telur" disebut sebagai " "telor". Adakah sebutan " telor" betul ? terima kasih | Terdapat dua cara sebutan untuk perkataan beratur, iaitu ber.a.tur dan be.ra.tur. Perkataan berombak juga mempunyai dua cara sebutan, iaitu ber.om.bak dan be.rom.bak. Sebutan untuk telur ialah te.lur. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima Kasih | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 23.05.2014 |
Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
"Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini. | Tatabahasa | 06.01.2015 |