tebusguna atau tebus guna? | Saudara, Perkataan tersebut dieja sebagai dua perkataan, iaitu tebus guna. | Ejaan | 30.11.2009 |
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
Untuk ayat bahasa Inggeris 'Select the offer card for the offer you'd like to redeem', mana satukah terjemahan yang gramatis? 1. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang ingin anda tebus. 2. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang anda ingin tebus. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.01.2017 |
apakah padanan yang sesuai bagi menerjemah ayat/perkataan ini kepada bahasa inggeris: 1. Maklumat Wali 2. Maklumat Saksi 3. Perakuan Ta'liq 4. Belanja Hantaran 5. maklumat pasangan 6. tertalaq dia dengan cara talaq Khul' (tebus talaq) untuk makluman ayat ini digunapakai dalam sijil perakuan perkahwinan negeri selangor | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanyakan istilah yang sesuai dengan bidang kripto / metaverse. Gas fee - Caj gas? (How much is the current gas fee?) minted / minting / mint - beli ? Core buy - pembelian teras? peer-to-peer basis - marketplace - pusat pasaran? Claim - selain tebus, apa lagi makna claim? Sekian terima kasih. | Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.
| Istilah | 05.12.2022 |
Assalamualaikum dan selamat pagi, Nama saya Zaime Bin Bujor. Untuk makluman tuan / puan, tempat saya bekerja sedang menyediakan dokumen dasar dan garispanduan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia bertajuk Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN), namun begitu, terdapat beberapa terma dan maksud perkataan yang kurang kami fahami, oleh itu, kami ingin meminta jasa baik pihak DBP untuk membantu kami di dalam mendefinisikan maksud dan penerangan mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Penambakan Tanah 2) Tebus-Guna Tanah 3) Penambakan Pantai 4) Tebus-Guna Pantai 5) Pembangunan Atas Air 6) Pembangunan Terapung Sekian, terima kasih! Yang Benar, Zaime Bujor | Untuk makluman saudara, perkataan ini merupakan frasa biasa dan bukannya istilah khusus. Oleh itu, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Makna | 01.09.2020 |