Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gu.ran] | تݢورن

Definisi : 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg mem­bina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringat­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gu.ran] | تݢورن

Definisi : 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
Sedikit teguran. Di bahagian 'Juga ditemukan dalam', ada kesalahan ejaan pada kata 'Glosari Dielek Melaka'. Ejaan 'dialek' dieja salah menjadi 'dielek'.Salam sejahtera,

Tuan,
Terima kasih atas teguran yang dinyatakan. Pada masa hadapan, kami akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain09.01.2019
Penggunaan ayat dalam surat separuh rasmi, dan mencari ayat yang sesuai untuk membuat surat teguran dan surat maklum balas

Saudara,

Ayat dalam surat separuh rasmi hendaklah ayat atau bahasa yang rasmi memandangkan bahawa pihak yang akan menerima surat tersebut ialah badan atau institusi rasmi.

Bagi soalan kedua diharap dapat mengemukakan soalan dengan lebih jelas.

Lain-lain10.08.2010
Assalamualaikum.Saya Nadia berasal daripada Johor Bahru. Saya disini berasa mushkil dengan perkataan 'pernyataan'. Saya ada diberi teguran oleh salah seorang pakar bahasa bahawa ejaan yang sebenarnya adalah 'penyataan'.Adakah itu benar?Jika benar, saya ingin memohon pertolongan daripada pihak anda untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci.Terima kasih.

Adik Faridatun Nadia terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan Pernyataan bermakna -1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;

manakala penyataan bermakna -perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

Makna03.08.2009
Adakah betul penggunaan Rakan CopPenggunaan istilah Rakan Cop tidak sesuai tetapi masih digunakan. Kami telah membuat teguran dan cadangan perkataan dari kami ialah Rakan Polis.Tatabahasa03.07.2013
Dalam penulisan, adakah ungkapan “apa khabar” perlu ditukar menjadi “apakah khabar”?Tidak perlu ditukar kerana "apa khabar?" juga merupakan cara sapaan atau teguran.Lain-lain11.10.2006
Assalamualaikum tuan... Saya ingin dapatkan ejaan jawi yang tepat bagi perkataan 'Kedai Runcit Uwais Ashraff Enterprise'. Saya lampirkan juga ejaan daripada Ejawi.net sebagai teguran. Terima kasih tuan.Cadangan kami keterangan utama pada papan iklan disediakan dalam dua versi, ejaan Rumi di bahagian atas, sebelah kiri dan tulisan Jawi di bahagian atas, sebelah kanan. Sila rujuk jawapan kami sebelum ini.Ejaan27.01.2020
mengapa kesalahan bahasa terlalu banyak kini ? pengunaan frasa yang tidak tepat ? pengunaan bahasa di papan tanda sangat menyedihkan.Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Lain-lain11.01.2013
Salam Sejahtera, Saya akan mengadakan kursus di sebuat institut yang bernama Akdemi Koreksional, setelah di rujuk, tiada istilah "koreksional" di dalam Kamus rujukan DBP. Menurut laman DBP, teguran telah di lakukan kepada Akdemi tesebut, apakah maklum balas akademi Tersebut? Mohon pihak DBP memperbetulkan penggunaan istilah tersebut terutamanya bagi sesebuah institut kendalian kerajaan. *persoalan dan cadangan ini merupakan persoalan individu dan tidak mewakili jabatan pihak saya, harap maklumUntuk makluman tuan, pihak Jabatan Penjara telah menghantar surat berhubung dengan penggunaan perkataan koreksional dalam hal penamaan akademi tersebut. DBP tidak bersetuju dengan penamaan tersebut, sebaliknya mencadangkan penggunaan perkataan lain, iaitu pemulihan. Sebanyak dua kali pihak Jabatan Penjara berurusan dengan DBP melalui surat, namun DBP kekal dengan keputusan untuk tidak menerima penamaan tersebut. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan tuan dan hal ini akan kami timbulkan semula dalam pemantauan jabatan kerajaan.Lain-lain24.04.2015
Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih.Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera.Tatabahasa16.07.2012
1234567

Kembali ke atas