Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Menurut arkib soalan DBP,soalan 35 memberikan jawapan yang salah iaitu kata-kata aluan adalah betul padahal kata aluan-aluan adalah persis dan tepat.Saya berharap DBP menyedari kesalahan ini. 2.Dalam arkib soalan DBP,frasa tidak dapat dijawab oleh kami juga tidak menepati hukum tatabahasa pelaku kedua,apa komen tuan?Terima kasih atas teguran tersebut. Kami memohon maaf atas kesalahan itu. Jawapan yang betulnya ialah kata alu-aluan. 2. Frasa yang betul ialah 'tidak dapat kami jawab'. Oleh hanya boleh digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Bagaimanapun kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyatakan no. siri arkib soalan yang telah dirujuk bagi membolehkan pihak kami membuat tindakan susulan. Harap maklum.Tatabahasa26.07.2008
Assalamualaikum.Saya Nadia berasal daripada Johor Bahru. Saya disini berasa mushkil dengan perkataan 'pernyataan'. Saya ada diberi teguran oleh salah seorang pakar bahasa bahawa ejaan yang sebenarnya adalah 'penyataan'.Adakah itu benar?Jika benar, saya ingin memohon pertolongan daripada pihak anda untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci.Terima kasih.

Adik Faridatun Nadia terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan Pernyataan bermakna -1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;

manakala penyataan bermakna -perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

Makna03.08.2009
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat?

1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya.

2. Istilah luar negara lebih tepat.

Lain-lain20.07.2010
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009

Kembali ke atas